CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 26, 2008

HOWS UR SOLAT?? READ THIS!

15 seksaan di dunia, akhirat jika tinggal solat

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab.

"Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"

Jawab Baginda:

-Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidupa mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).

-Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).

-Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.

-Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).l Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.

-Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya.

"Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"

Jawab Baginda:

l Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.

l Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.

l Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"

Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi:"Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap."

Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar.

"Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).


Renungan:
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:

SUBUH
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

ZOHOR
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][ ][

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad)
- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


taken from: http://hasni.blogdrive.com/archive/162.html

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT..


Barisan Pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :“Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia mahupun di akhirat”.Firman Allah ‘Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaan Ku) , itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka


Barisan Kedua
:

Diiringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah ‘Mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup , sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya , mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati , mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.‘ Rasulullah saw bersabda ‘Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat , maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya , maka setiap kali dia rukuk atau sujud , berjatuhanlah dosa2 itu”


Barisan Ketiga
:

Diiringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking “Mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka”


Barisan keempat
:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut “Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.”


Barisan Kelima
:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar ‘Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka , takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.”


Barisan Keenam
:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.


Barisan Ketujuh
:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka .Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.


Barisan Kelapan
:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik , kepala kebawah & kaki ke atas mereka adalah orang yg melakukan zina.Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah ‘Tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita , melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka


Barisan Kesembilan
:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru , sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.


Barisan Kesepuluh
:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


Barisan Kesebelas
:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta , gigi panjang seperti tanduk lembu jantan , bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.


Barisan Kedua belas
:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan ‘Mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka , memelihara solat lima waktu , & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga , beroleh keampunan , kasih sayang & keredhaan Allah swt.

taken from: http://muscom.iluvislam.com/?cat=15&paged=2

3 comments:

ARC said...

seram2~

Lil Biruny said...

Hurm.. just renungan.. Kadang kala kita sangsi dengan solat seseorang yang begitu cepat.. Namun, adakah solat kita yang solat dengan agak lama menjanjikan solat kita diterima?? Mungkin solatnya yang sebentar itu lebih baik dari solat kita yang lama..

Just a piece of my thought..

psenk said...

Believe in The Almight
May Allah blessed u..

anyway.. i linked ur blog if u dont mind~